Profile PGSM

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut :

(1) MENYATUPADUKAN PEGUAM SYARIE UNTUK KEPENTINGAN DAN FAEDAH PEGUAM-PEGUAM SYARIE, UNDANG-UNDANG DAN HUKUM SYARAK

(2) MENJAGA KEPENTINGAN DAN KEBAJIKAN AHLI MELALUI AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERFAEDAH.

(3) SEBAGAI PERANTARAAN BAGI INSTITUSI-INSTITUSI PERUNDANGAN, PENTADBIRAN ISLAM DAN MASYARAKAT ISLAM DALAM PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM SYARAK DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH.

(4) SEBAGAI SALURAN PENYAMPAIAN IDEA, CADANGAN BANTUAN SOKONGAN SECARA KOLEKTIF KEPADA SEMUA PIHAK DALAM MENYELESAIKAN ISU-ISU SEMASA YANG BERKAITAN

(5) MENCADANGKAN PERUNTUKAN YANG SESUAI KEPADA PIHAK BERWAJIB TERHADAP PERUNDANGAN DAN AMALAN-AMALAN GUAMAN YANG LEBIH BAIK BERDASARKAN PERUNDANGAN ISLAM.

(6) MEMARTABATKAN PROFESION GUAMAN SYARIE, INSTITUSI DAN PERUNDANGAN SYARIAH.


FASAL 4 KEAHLIAN

1. Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:

A. AHLI BIASA

i. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
ii. Umur Minima : 21 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
iv. Keturunan : Semua
v. Jantina : Lelaki dan perempuan
vi. Agama : Islam
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mestilah seorang pengamal undang-undang syariah dan mempunyai kelulusan ijazah atau diploma dalam bidang syariah atau undang-undang dari mana-mana institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

B. AHLI KEHORMAT

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Keahlian dan tempoh mereka ditentukan oleh
Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran. Ahli Kehormat tidak dibenarkan memgang jawatan atau mengundi.

C. AHLI SEUMUR HIDUP

Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

D. AHLI REMAJA

Tiada

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan, sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat.

Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi
tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

4. Cara menentukan cawangan bagi setiap permohonan ahli Pertubuhan hendaklah berdasarkan kepada ahli yang mempunyai pejabat atau alamat dan mempunyai Sijil Amalan untuk beramal di dalam negeri tersebut, dan ia hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.


FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan menjelaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli cawangan yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh
dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan. Sebelum Jawatankuasa
Cawangan memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Cawangan menunda atau membatal keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

3. Mana-mana ahli-terus yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Pusat. Sebelum Jawatankuasa Pusat memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.

Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Perwakilan menunda atau membatal keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.


FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

Bayaran masuk: RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)

2. Yuran

a. Yuran tahunan RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)

(i) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan terlebih dahulu di dalam tempoh 10 hari dari awal tiap tiap tahun. Jika cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau kepada Setiausaha Agung.

b. Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja)

c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi 3 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

e. Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

3. Sumbangan

Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi

Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.


FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA


2015

1. Bendera
-
Keterangan :
-

2. Lambang
Keterangan :
Warna Hijau : Melambangkan nilai murni dalam Islam yang menjadi pegangan
Pertubuhan.
Warna Kuning : Melambangkan keutuhan dan sistem raja berpelembagaan yang
diamalkan oleh negara.
Warna Merah : Melambangkan kebenaran menegakkan keadilan tanpa gentar dan
berkepentingan.
Warna Putih : Melambangkan kesucian dan keikhlasan.
Bukut Terbuka : Melambangkan keilmuan dan keintelektualan.
Tulisan Jawi dan Rumi : Melambangkan budaya dan adat resam masyarakat
melayu.
PGSM ialah singkatan bagi Persatuan Peguam Syarie Malaysia.
2015 ialah tahun pertubuhan berdaftar (semula)

3. Lencana
-
Keterangan :

No comments:

Post a Comment